Sunday, September 5, 2010

Perempuan

To all women out there, this is for you. Never be too hard on yourself :)

Jangan menghukum orang hanya untuk merasakan diri itu hebat. Mereka ada cerita tersendiri. Biarlah Yang Maha Pencipta yang menghakimi dan menghukum.


Jangan dipanggil perempuan itu perempuan murahan,


Jika kaum lelaki belum tentu boleh membimbing,

Katanya kaum perempuan kaum yang lemah,

Katanya kaum lelaki ketua dan gagah

Jadi mengapa kaum lelaki jatuh jua?

Dimanakah sifatnya lelaki yang dikatakan seorang pembimbing,

Bagaimana mahu menjadi pembimbing jika lelaki juga yang perosak?

Kaum wanita menjadi mangsa,

Mengadaikan segalanya untuk terus disayangi,

Tapi sayang, lelaki tidak pernah mengenal erti puas,

Mementingkan diri sendiri untuk kepuasan yang melampau,

Ditinggalkan selepas habis manisnya,

Diri belum tentu baik, tetapi mahu memperisterikan yang mulia?

Sungguh kejam, sungguh tidak adil,

Menjadi insan yang lemah dan tak berdaya,

Ditindas dengan kaum lelaki yang dikatakan pembimbing,

Sudahnya, lelaki terus menghukum

Dan perempuan terus menyalahkan diri sendiri

Dan sesalan adalah selamanya

Kenangan indah kekal selamanya,

Walaupun dirinya sudah dikotori,

Mungking esok masih ada cahaya indah matahari.

Sayangilah aku kerana aku seorang perempuan. Bukan kerana aku pemuas nafsu jantan.

1 comment:

  1. so touchy...
    it must be hard untuk perempuan yang telah dirosak dan ditinggalkan.

    may add from my own :)
    still untitled though :)
    dedicated to all men, to respect all women...

    perempuan di cipta untuk di cinta
    jangan di siksa jangan di luka
    dalam senyumnya tersimpan tenaga
    dalam air mata terdapat derita

    sayangilah...
    lindungilah...
    hargailah...
    buat dia bahagia
    berikan segalanya
    syurga kan jadi balasannya

    perempuan adalah perhiasan dunia
    perempuan adalah bidadari syurga

    ReplyDelete